selamat datang guys! do enjoy :)
atoipie: erti valentine day @ hari kekasih

Sunday, February 13, 2011

erti valentine day @ hari kekasih

Sebelum kita membongkar dengan lebih lanjut lagi tentang erti Hari Kekasih ini,mari kita mencari dari mana cetusan untuk menamakan hari tersebut sebagai Valentine Day.Dan mengapa Valentine Day di sambut pada 14 Februari setiap tahun.Menurut Pensyarah Perbandingan Agama, Akademi Islam, Universiti Malaya, Khadijah Mohd. Hambali berkata, Valentine atau nama sebenarnya St. Valentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope. Kaitannya dengan Hari Valentine yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk di kalangan umat Islam sendiri mempunyai dua versi.

Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol pada tanggal 14 Februari. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum di samping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekaligus mengenangnya dan mengingati St. Valentino sebagai kekasih rakyat Cordova. Sehingga ke hari ini, peristiwa kemenangan St. Valentino tersebut terus diingati dan rakyat Cordova melakonkan semula kejayaan tentera Ratu Cordova Isabella bagi mengitati peristiwa tersebut.Dan sebagai Umat Islam kenapa kita juga harus berpesta dan mengagung-agungkan tarikh 14 Februari,adakah kita juga bersama-sama mereka meraikan kejayaan mereka menjatuhkan umat Islam pada tarikh tersebut?Bapa Paderi Sedunia Tahun 1935 yang bernama Zeumer pernah mengatakan:

"tugas Kristianisasi bukanlah memasukkan Islam ke dalam Kristian tetapi cukup sekadar menjauhkan mereka dari Tuhan mereka"

Sedar atau pun kita tidak sedari, inilah perancangan yang telah direncana oleh musuh Islam. Sesetengah umat Islam kini mula diracuni oleh rancangan jahat serangan pemikiran oleh kaum kafir. Dan ini adalah satu contoh serangan senyap melalui minda untuk menjauhkan daripada Pencipta kita. Kekuatan umat Islam adalah bertunjangkan kepada keteguhan berpegang kepada Al Quran dan Sunnah. Lalu timbullah rancangan jahat bertujuan menjauhkan umat Islam daripada memahami kalam Allah dan mengamalkan sunnah Rasulullah. Perkara ini telah disedari oleh bekas Perdana Menteri Britain, William Gladstone puluhan tahun dahulu yang mana menyebut:

"selagi Al-Quran dihayati oleh orang Islam, maka Eropah tidak akan berjaya selama-lamanya"

Menurut versi kedua pula berkenaan sambutan Valentine Day disebutkan bahawa,St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana lain agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Apabila ditanya Ratu Isabella apakah bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu. Ini terus menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan sementelahan lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lantas memenjara sementara paderinya itu. Begitupun, baginda tetap mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang diuntukkan khas untuk St. Valentino sendiri.

Berdasarkan kedua-dua versi itu, apakah asas yang kukuh sehingga umat Islam sendiri menganggap Hari Valentine itu begitu istimewa? Atau pun, mereka hanya mengikut budaya Barat secara membuta tuli sedangkan tidak mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu. Jika pun ingin mengingati kekasih atau orang-orang yang disayangi yang lain, tidak semestinya ia disambut pada setiap 14 Februari. Sambutan boleh juga dijalankan pada setiap kali tibanya hari kelahiran orang-orang yang disayangi melalui acara-acara yang lebih diredai seperti berkenduri doa selamat atau sebagainya. Bukankah Rasulullah sepatutnya lebih diingati setiap tahun kerana bagindalah manusia yang paling mencintai umatnya


sile lah komen :) kalau suke lah :P

0 comments: