selamat datang guys! do enjoy :)
atoipie: September 2011

Monday, September 26, 2011

kasih dan cinta dalam islam

“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang
bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atau
sedang bercinta dengannya?”, maka
dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa
sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang
pasangan KAZZAB (penipu)”
______________________________________

“…Rasa hormat adalah asas penting menjalin
hubungan cinta yang suci sesuai dengan aturan
Allah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaran
Rasul serta hormat ke atas hak dan maruah di
antara pasangan amat dititik beratkan ke arah
satu hubungan yang berkekalan.

Seorang lelaki yang jujur terhadap cinta dan kasih

sayang yang terjalin terhadap seorang wanita
tidak sewenang-wenangnya menyentuh tangan
wanita atau memegang erat tubuhnya. Wanita
bukannya objek yang boleh diperalatkan.

Jika ini terjadi, seorang wanita perlu berfikir,
apakah pasangan seperti ini mampu melindungi
dan menjaga maruahnya apabila berkahwin
nanti?

Jika hari ini haknya tergadai kerana seorang yang
dinamakan kekasih, apa kesudahan yang bakal
berlaku satu hari nanti?…”
______________________________________

Istilah cinta amat popular dan menjadi satu
ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang
menganggapnya satu kalimah suci dan bererti.

Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih
yang setia dan mula memasang angan-angan
untuk mendirikan rumah tangga bersama
pasangan pilihan.

Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolah
lagi malah adakalanya membawa kepada
sesuatu di luar jangkauan

Cinta perlu
difahami. Semestinya seorang remaja
perlu memahami kehendak dan definisi yang
tepat.

Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar
gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu
sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?

Di dalam artikel bertajuk Hakikat Percintaan
Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta
merupakan satu perasaan yang semulajadi di
alami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.

Allah telah menganugerahkan manusia naluri
untuk meneruskan keturunan (salah satunya,
menyukai pasangan berlainan jantina) atau
dikenali dengan gharizah Al-Nau’.

Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang
tiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untuk
meneruskan kehidupan dan mempertahankan),
gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah
dan beragama) dan gharizah Al-Nau’.

Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah
fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak
haram di
sisi Islam.

Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami
kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju
seterusnya.

Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan
satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat
cinta.

Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih
sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab,
kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan
ada matlamat.

Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang
dikatakan sebagai cinta, maka hubungan
sedemikian sekadar satu permainan dan kepura-
puraan sahaja.

Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan
yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan
hubungan antara manusia dan Allah.

Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu
kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi
pihak lelaki dan perempuan.

Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja?
Adakah setakat mengisi usia remaja dan
adakalanya putus di tengah
jalan?

Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih
kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh
romantis dan indah.

Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta
yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat
kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi
rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.

Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah,
masing-masing ingin selamat-menyelamatkan
antara satu sama lain dari segi hubungan dan
kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang
abadi di akhirat.

Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta
yang punya pengertian yang luhur dan hanya
dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang
sentiasa mencari tuhan


sile lah komen :) kalau suke lah :P

Tuesday, September 13, 2011

termenung kenangan suke duka dulu²

http://www.youtube.com/watch?v=k3eK8rccu6k


sile lah komen :) kalau suke lah :P

Monday, September 12, 2011

kehidupan tanpa cinta..

LIFE WITHOUT LOVE


A LIFE WITHOUT LOVE,

LIKE CHOCOLATE WITHOUT VANILLA,

OR A SUNSHINE WITHOUT FLOWERS,

AND A CASTLE WITH NO FLOWERS.



A LIFE WITHOUT LOVE

WOULD BE EMPTY AND VOID,

WOULD BE A ROAD WITH NO CARS,

AND A BODY WITHOUT SCARS.



A LIFE WITHOUT LOVE

WOULD BE COMPLETELY COLOURLESS,

WOULD HAVE NO TASTE,

FILLED WITH EMPTY HEART.



A LIFE WITHOUT LOVE

WOULD BE ALL ALONE,

WOULD BE WITHOUT SMELL,

WOULD BE WITHOUT ANYTHING.




sile lah komen :) kalau suke lah :P

Saturday, September 10, 2011

pesanan..


cikgu pernah berpesan padaku...

owh..nak tips rupanye..mana de tips..kalau kita ikhlas,muka tak hensem pon jadi rebutan orang tau..yang penting dalam hati..awaqk kalau jumpa perempuan jangan expect terlalu tinggi sangat nak couple..jadi kawan dulu..yang penting jugak jangan berpura-pura..perempuan benci tu..jadi diri awak yang sebenar..kalau tak suka cakap tak suka..kalau awak da berkenalan dengan perempuan pon awak dapat tau yang dia kawan ngan awak sebab diri awak ke sebab material..kadang2 perempuan lebih ke arah material..awak kene protect dia..biar dia rasa selamat bila kuar ngan awak..tak salah sekali sekala belanja dia..tapi kalau setiap kali kuar dia suruh awak bayar..tu maknanya dia nak pau awak tu..jangan terlalu berhabis demi perempuan ye...ingat tu.. thanks ye..awak wish cikgu.


sile lah komen :) kalau suke lah :P

remember.. :-)

"Sebaik-baik wanita adalah;
yang apabila diberi sesuatu
...dia bersyukur

dan bila tidak diberi apa-apa
...dia bersabar;

yang menyenangkan hatimu
...bila kamu melihatnya
dan mentaatimu
...bila kamu menyuruhnya"

Eyes are watching
Ears are listening
Mouth is quiet
Hands are to myself
Hearts are caring...


sile lah komen :) kalau suke lah :P

Thursday, September 8, 2011

kenangan

Kenangan. tetap kenangan.

yang berlalu akan terus berlalu.
untuk dikecapi kemabli adalah mustahil.
Bak kata Iman Al-Ghazali.
"perkara yang jauh ialah masa lampau"
makin dikejar makin kencang ia berlari.
untuk dimiliki sekali lagi.
hanya satu mimpi di dunia realiti.

Usah hidup dengan mengenang masa lalu.
Semalam telah pergi.
Yang tinggal cuma hari ini.
Esok belum pasti.
Hidup sepuasnya dihari ini.
Cuma ini yang kita miliki.
Bersyukurlah sekurang-kurangnya.
kita mampu memiliki hari ini.

Berdirilah dengan optimis.
Moga langkah kita tdiak pincang lagi.
Kerana langkah yang pincang.
pengakhirannya mengecewakan!!
Memandanglah dengan realistik.
Moga kita tidak bermimpi di siang hari..
kerna mimpi di siang.
Indah hanya sementara.
Ia pergi bila tersedar dari lena.

Kenangan ...
biarpun manis dan segar dalam ingatan.
tak terjangkau oleh pandangan.
ingin diulangi. tiada lagi teman-teman

Kenangan...
walaupun pahit..terpahat di hati.
kekadang membuat diri menangis sendiri.
Taubat nasuha..takkan diulangi.
Jadikan sempadan andai esok menjengah lagi.
Hiduplah sepuasnya.
Moga kenangan hari ini..menjadi teman di hari tua.
Membuat diri tersenyum..andai benar.
ia adalah kenangan antara kenangan .
yang mampu kita miliki.

"jangan lupa DIA. pemberi segala NIKMAT di dunia"
"janji hidupku takkan sia-sia tanpa dirimu terima kasih atas kenangan yang telah diberikan"
"janji diriku akan bahagia tanpa dirimu"
"janji biar dirimu bahagia tanpa diriku"
"tunaikan janji²mu terhadap insan yang dapat membimbing dirimu"
"janji hanya allah yang tahu ape yang tersirat dalam naluriku"
"amin"...


sile lah komen :) kalau suke lah :P