selamat datang guys! do enjoy :)
atoipie: parameter sebentuk hati... renung²kan.. :)

Sunday, March 9, 2014

parameter sebentuk hati... renung²kan.. :)

soalan maut "macam mana tak nak bagi senang jatuh hati kat orang?" jawapan 1 : ops, maaf dik, dalam course akak xda pulak silibus ni.. huhuhu.. jawapan 2 : urm, xnak bagi jatuh hati ye? angkat la hati tu tinggi-tinggi. jawapan 3 : ................. (terblur seketika) Ada yang mengatakan 'statistik menunjukkan perempuan Melayu amat mudah jatuh cinta'. Ini fakta yang masih diragui kesahihannya. Puncanya, sampai sekarang belum lagi berjumpa mana-mana kajian yang menyokong kenyataan di atas. soalan saya : kenapa mesti jatuh cinta? kata seorang mak cik yang baik hati : cinta itu fitrah,, fitrah : normal : kebiasaan. maka adakah orang yang tidak mempunyai perasaan untuk bercinta dianggap 'abnormal'? ---------- kembali kepada persoalan di atas -------------- bagaimana ya? membenteng hati dari ditipu dengan panahan cinta yang tak pasti? MENGENALPASTI PUNCA KEJADIAN 1. 'dia hensem, sebab tu saya suka' ' dia cantik macam artis, macam mana saya boleh tak tergoda' ops! rupanya anda cuma sukakan kecantikannya sahaja. nanti bila kecantikan itu pergi.. masihkah punya rasa yang sama? 2, 'dia pandai buat kerja.. pandai itu & ini...' 'dia bijak & genius' 'pergh, soleh & solehah sungguh... tawaduk je saya tengok.. macam mana tak jatuh cinta?' owh.. rupanya anda mengagumi kualiti diri yang ada padanya. kata Ustazah Ainal, itu bukan cinta. Itu cuma rasa kagum semata. PENYELESAIANNYA --- parameter sekeping hati --- cuba check kembali hati, benarkah ada rasa cinta? bak kata Ustazah (sila rujuk mane2 ustazah untuk sumber..) seandainya selepas 3 tahun kamu tidak bertemu dengan orang yang sama tetapi perasaannya tetap sama maka ianya boleh dikategorikan sebagai cinta. Namun, seandainya perasaan itu pergi dalam jarak masa tersebut, besar kemungkinannya ia cumalah perasaan kagum semata-mata.


sile lah komen :) kalau suke lah :P

0 comments: