cikgu pernah berpesan padaku...
tips mengenali hati budi seseorang insan bernama wanita...
owh..nak tips rupanye..mana de tips..kalau kita ikhlas,muka tak hensem pon jadi rebutan orang tau..yang penting dalam hati..awaqk kalau jumpa perempuan jangan expect terlalu tinggi sangat nak couple..jadi kawan dulu..yang penting jugak jangan berpura-pura..perempuan benci tu..jadi diri awak yang sebenar..kalau tak suka cakap tak suka..kalau awak da berkenalan dengan perempuan pon awak dapat tau yang dia kawan ngan awak sebab diri awak ke sebab material..kadang2 perempuan lebih ke arah material..awak kene protect dia..biar dia rasa selamat bila kuar ngan awak..tak salah sekali sekala belanja dia..tapi kalau setiap kali kuar dia suruh awak bayar..tu maknanya dia nak pau awak tu..jangan terlalu berhabis demi perempuan ye...ingat tu.. thanks ye..awak wish cikgu.
Sunday, May 4, 2014
seketika dahulu... terkenang kembali...
Posted by sudin:) at 8:43 AM 0 comments
Saturday, April 26, 2014
'Bismillah'irahman'irahim'
'Bismillah'irahman'irahim' " Ya Allah, ampun kan dosa -dosa ku, dosa kedua ibubapaku, dosa ahli keluargaku, dosa sahabat-sahbatku, ya Allah, ikhlaskan lah hatiku, hilangkan segala sifat ujub, takbur dan riak dalam diri, peliharalah hatiku, jangan kau bolakbalikkannya, tunjukkan aku jalan yang kau redhai, terangilah ia dengan cahaya keimanan, cahaya ketakwaan padaMu Allah, jadikan aku anak yang soleh, suami yang soleh, hambaMu yang soleh, ya Allah permudahkanlah urusanku, jangan kau persulitkan ia, istiqamahkanlah daku ke jalanMu, ya Allah, berilah aku kekuatan untuk membina keluarga yang berlandaskan agamaMu Allah, jauhkan aku dari azab nerakaMu(3) , Amin"
Posted by sudin:) at 8:55 PM 0 comments
Wednesday, April 9, 2014
belajar mengenal erti menunggu tanpa jemu..
diri ini masih menanti diri mu...
masih menunggu mu...
walaupun diri mu sedang bahagia...
tetap masih menunggu...
kerana dalam hati dan doa masih ada nama mu...
allahu akhbar...
syukur alhamdulillah allah menguji diri ini...
dengan erti menunggu...
amin..
Posted by sudin:) at 10:12 PM 0 comments
Tuesday, April 8, 2014
ada cerita di sebalik lagu.. allahu akhbar..
http://www.youtube.com/watch?v=O6Pd5LVHyCw
http://www.youtube.com/watch?v=MQbZgi_QoAg
Posted by sudin:) at 9:05 AM 0 comments
Saturday, March 29, 2014
ingatan bersama....
Salam..
Saya harap awak sihat dan kekal sihat serta bahagia.. Tambahan setelah mendapat satu rezeki yang amat bernilai baru-baru ini.. Tak semua dapat apa yang awak dapat.. Syukur segala kepujian kita pulangkan semula kepada Allah.. Sampaikan salam saya kepada ibu awak serta adik beradik yang lain.
Saya tak tahu nak mula dari mana, jadi saya mulakan dengan bismillah..
Mungkin tiada hubungan istimewa antara kita,
Tapi saya rasa saya perlu memberitahu awak satu perkara.
Saya harap awak baca emel ni sampai habis.. Ok?
Saya tak tahu bila, dan macam mana saya boleh kenal awak dulu..
Saya tak tahu kenapa saya sukakan awak dulu..
Saya tak tahu bagaimana saya boleh jatuh hati pada awak dulu..
Mungkin kerana saya jahil, atau terlalu mengikut rasa hati remaja yang memang jahil ini..
Tapi,
Sekarang saya sedar, apa yang saya buat selama ini adalah tidak selari dengan islam...
Sekarang saya sedar, apa yang saya harapkan selama ini adalah tidak selari dengan islam...
Saya dibuai dengan rasa indah cinta yang tidak halal..
Saya dibuai dengan rasa kasih yang pasti diadakan oleh nafsu,
Tetapi,
Saya tidak salahkan awak
Kerana saya percaya, saya yang memulakan segalanya....
Malahan saya yang bodoh kerana terpedaya dengan pujuk rayu syaitan yang membisikkan tentang hubungan kita selama ini betul...
Tapi saya silap..
Saya tak pasti apa yang saya cakap ni awak faham atau tidak,...
Tapi saya harap awak faham dan akan faham satu hari nanti...
Awak sangat baik pada saya, terlalu baik...
Tapi,
Saya tak nak saya menjadi asbab kepada jauhnya awak kepada cinta yang hakiki, iaitu cinta Allah....
Saya tak nak awak menduakan cinta pada Allah, kerana kekhilafan diri saya sendiri,
Saya tak nak semua itu berlaku pada awak, kerana saya sayangkan awak...
Maafkan saya dan saya harap kita tak lagi berhubung...
Seandainya ada jodoh, pasti kita akan bertemu juga.. Tapi janganlah awak menunggu saya..
Carilah cinta Allah, kerana ianya tidak menyakitkan..
Saya doakan awak bertemu dengan cintanya serta keredhaannya..
"..perempuan yang baik, hanya untuk lelaki yang baik.."
[QS An-Nuur, 24:26]
Posted by sudin:) at 12:27 AM 0 comments
Sunday, March 9, 2014
parameter sebentuk hati... renung²kan.. :)
soalan maut "macam mana tak nak bagi senang jatuh hati kat orang?" jawapan 1 : ops, maaf dik, dalam course akak xda pulak silibus ni.. huhuhu.. jawapan 2 : urm, xnak bagi jatuh hati ye? angkat la hati tu tinggi-tinggi. jawapan 3 : ................. (terblur seketika) Ada yang mengatakan 'statistik menunjukkan perempuan Melayu amat mudah jatuh cinta'. Ini fakta yang masih diragui kesahihannya. Puncanya, sampai sekarang belum lagi berjumpa mana-mana kajian yang menyokong kenyataan di atas. soalan saya : kenapa mesti jatuh cinta? kata seorang mak cik yang baik hati : cinta itu fitrah,, fitrah : normal : kebiasaan. maka adakah orang yang tidak mempunyai perasaan untuk bercinta dianggap 'abnormal'? ---------- kembali kepada persoalan di atas -------------- bagaimana ya? membenteng hati dari ditipu dengan panahan cinta yang tak pasti? MENGENALPASTI PUNCA KEJADIAN 1. 'dia hensem, sebab tu saya suka' ' dia cantik macam artis, macam mana saya boleh tak tergoda' ops! rupanya anda cuma sukakan kecantikannya sahaja. nanti bila kecantikan itu pergi.. masihkah punya rasa yang sama? 2, 'dia pandai buat kerja.. pandai itu & ini...' 'dia bijak & genius' 'pergh, soleh & solehah sungguh... tawaduk je saya tengok.. macam mana tak jatuh cinta?' owh.. rupanya anda mengagumi kualiti diri yang ada padanya. kata Ustazah Ainal, itu bukan cinta. Itu cuma rasa kagum semata. PENYELESAIANNYA --- parameter sekeping hati --- cuba check kembali hati, benarkah ada rasa cinta? bak kata Ustazah (sila rujuk mane2 ustazah untuk sumber..) seandainya selepas 3 tahun kamu tidak bertemu dengan orang yang sama tetapi perasaannya tetap sama maka ianya boleh dikategorikan sebagai cinta. Namun, seandainya perasaan itu pergi dalam jarak masa tersebut, besar kemungkinannya ia cumalah perasaan kagum semata-mata.
Posted by sudin:) at 1:00 PM 0 comments
Sunday, March 2, 2014
stand by balik melaka...
bismillahirahmanirahim..
al.fatihah..
amin...
siap² balik melaka untuk menimba ilmu...
2012.. tinggal kenangan...
pengalaman 2tahun di bangunan sultan iskandar (ciq) mengajar diriku
cara bekerja dengan taraf kehidupan terus meningkat...
memutuskan diriku untuk menimba ilmu supaya mudah di masa akan
datang...
target serta misi dan visi 2014 nie.. diriku memerlukan kelayakkan
penjaga jentera chargeman a1 sehingga a4 sebelum umur mencecah 30sen...
diriku berdoa kepada mu ya allah.. semoga panjangkan umur ibubapaku..
sihat dan ceriakan mereka.. kerana mereka diriku menimba ilmu lagi...
diriku bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang telah allah berikan...
syukur alhamdulillah padamu ya allah..
kenangan hanya tinggal kenangan...
tetapi ia tetap dalam ingatan...
berdoa agar ia sihat dan gembira selalu...
di samping orang tersayang...
hati yang kian terkoyak...
di jahit dengan 5 pekara wajib...
qada dan qadar telah mengajar diriku bertapa penting ilmu kepada ibubapa...
andai diberikan kenikmatan bahagia selain ibubapa...
ingatkan diriku ya allah agar tidak lari dari landasanmu...
diriku bergelar pelajar yang sedang menuntut ilmu...
bukan seorang pencarian nafkah yang menggunakkan tulang empat kerat...
semoga allah melindungi ibubapaku... adik beradiku.. saudara - maraku..
serta semua saudara islam di dunia dan akhirat.. al - fatihah...
amin....
*sama - sama kita menjahit sejadah iman kita yang kian terkoyak*
Posted by sudin:) at 9:49 AM 0 comments


shamsudin ismail :)
november 10



